Kamis, 29 Oktober 2009

RUMAH BAMBU SENI KHAS SUNDA JAWA BARAT DI MALAYSIA – LAMBANG PERSAUDARAAN RAKYAT MALAYSIA DAN INDONESIA.




Bapak Jatnika

Pada tahun 2007, Pak Jatnika mewakili Yayasan Bambu Indonesia bersama rombongan dagang dari Indonesia datang berpameran di Malaysia. Berbagai produk dari Indonesia di pamer untuk dipasarkan di Malaysia diantaranya ialah bahan kerajinan rakyat Indonesia termasuk kerajinan daripada buluh.
Misi Bapak Jatnika datang berpameran di Malaysia bukan semata-mata untuk bisnis sahaja, malah lebih dari itu. Beliau datang buat kali pertama ke Malaysia ialah untuk bersilatulrahmi dengan rakyat Malaysia. Disebabakan keadaan hubungan antara rakyat kedua-dua Negara semakin retak beliau datang untuk menyatukan dan menjernihkannya.
Hasil kedatangan beliau beliau kini mempunyai ramai teman-teman di Malaysia.
Bapak Jatnika mempunyai kepakaran yang sangat mendalam dalam bidang buluh, mulai dari cara penebangan, pengawetan, produk, muzik, makanan, kontuksi dan juga palsafah buluh. Mengenali Bapak Jatnika bererti kita mengenali buluh. Beliau akan menceritakan ilmu-ilmu mengenai buluh kalau kita berbual dengannya. Bagi kita rakyat Malaysia ilmu beliau itu sangat baru dan boleh disebarkan. Malangnya ada dikalangan rakyat Malaysia mencuri idea beliau dan mengaku mempunyai kepakaran mengenai bambu.
Hasil kedatangan Bapak Jatnika berpameran dan mahu mengangkat pohon buluh telah manarik minat En Mohd Ramadhan untuk membina rumah daripada Buluh. Pada waktu pameran beliau telah dibawah kelokasi untuk pembinaan rumah tersebut. Pak Jatnika telah mengukur tanah dan meninjau keadaan muka bumi untuk beliau membuat pelan dan menumpahkan idea.
Kedatangan beliau atas nama Yayasan Bambu Indonesia ialah kedatangan atas nama bangsa Indonesia. Yayasan Bambu Indonesia ditubuhkan oleh Ibu Try Turisno dan dianggotai oleh 27 menteri Indonesia. Kebanyakan pemilih rumah bambu karya Pak Jatinika di Indonesi ialah pegawai pemerintah disana.
Mahligai Bambu milik En Ramadhan di Sungai Serai Hulu Langat itu dibina oleh Bapak Jatnika dan sekumpulan tenaga ahli dari Yayasan Bambu Indonesia. Pembinaan itu juga telah diketahui oleh pihak kedutaan Indonesia dan Ibu Try sendiri telah datang memantau pekembangan projek tersebut. Bapak Jatnika merancang rumah tersebuat akan dirasmikan oleh EPG sebagai lambang persaudaraan diantara Malaysia dan Indonesia. Atas sebab-sebab tertentu perasmian ditangguhkan.

Sewaktu pembinaan


Lawatan Ibu Try dan pihak kedutaan Indonesia

Projek Istana Bambu yang mempunyai sebuah rumah besar, sebuah rumah tetamu, sebuah rumah ranggon, sebuah musolla, gazebo dan ditata oleh lanskap seni Sunda Jawa Barat telah siap. Projek persaudaraan itu boleh dikunjungi oleh seluruh rakyat Malaysia untuk melihat dan menghayati Bambu dan manfaatnya.
Kalau diungkap kembali Kehidupan orang dahulu, lahir sahaja tali pusatnya disepit dengan sembilu buluh, belajar berjalan buluh digunakan sebagai alat bantu, memancing ikan menggunakan joran buluh, mengangkut air dari sungai menggunakan buluh, alat memasak menggunakan buluh, makan memakan rebung buluh, sakit ubatnya buluh, memburu dan menangkap haiwan menggunakan buluh, alat hiburan dan permainan menggunakan buluh, alat pertahanan diri dan negara menggunakan buluh, kenderaan menggunakan buluh, perhubungan menggunakan buluh, tinggal di rumah buluh dan mati pun diusung dengan buluh. Pendek kata tiada kehidupan tanpa buluh. Ada pepatah mengatakan kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya.
Pokok buluh juga dapat menstabilkan kadar air bawah tanah, merawat air kolam, menghalang ribut dengan memecahkan laluan angin dan pokok buluh sebagai penahan tebing sungai sehingga pepatah melayu mengatakan ‘bagaikan haur dengan tebing’ Itulah kesimpulan yang dapat disampaikan yang mengatakan bahawa banyaknya dan bergunanya buluh pada kita yang semakin kita lupakan. Adakah kita sekarang merupakan masyarakat kacang lupakan kulitnya?.
Mengenali buluh akan kelebihan dan kepentingannya terhadap masyarakat terdahulu membuatkan kita insaf di atas pandangan dan tindakan kehinaan kita terhadap buluh yang telah lakukan pada masa ini. Walhal buluh telah banyak berjasa terhadap kehidupan sebelum kita. Maka marilah kita sebagai jenerasi alaf baru ini mengenali, menggunakan dan memertabatkan buluh dalam kehidupan kita supaya pokok buluh dapat hidup subur dan ia boleh membantu kehidupan dan bumi supaya lebih baik Tak kenal maka tak cinta.
Tindakan Istana Bambu Sdn. Bhd. En. Mior Sariman mengatakan Rumah buluh tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat pembinaan tempatan, Istana Bambu Sdn. Bhd. yang mahu melihat industri buluh berkembang di negara ini.
Ia diterajui oleh usahawan bercita-cita tinggi, Mior Shariman Moksin. Menurut Mior, rumah buluh di Hulu Langat itu merupakan projek pertama syarikat itu dan boleh dianggap sebagai 'salam perkenalan' terhadap industri rumah buluh di negara ini, seperti yang disiarkan oleh Akhbar Kosmo pada 27 Oktober 2009 merupakan satu pembohongan besar terhadap seluruh rakyat dan kerajaan Malaysia
. Syarikat Istana Bambu tidak pernah terlibat dalam pembinaan tersebut. Tindakan beliau juga boleh menyebabkan kemarahan rakyat dan pemerintah Indonesia dan akan menjejaskan hubungan di antara kedua-dua negara. Adalah diharapkan pihak kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap Istana Bambu Sdn. Bhd. En. Mior Sariman kerana membuat pembohongan sebagai pengajaran kepada beliau kerana kesalahan beliau sangat besar yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia seperti yang berlaku kepada isu tarian pendet dan isu-isu yang lain. Pak Jatnika menuntut Istana Bambu Sdn. Bhd. En. Mior Sariman mengaku dan membuat pengakuan penuh di Akhbar dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia diatas dakwaan palsu beliau. Di atas persaudaraan bangsa semoga perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Rumah Bambu karya Bapak Jatnika sangat unik dan istimewa dan telah di patenkan di Indonesia. Betullah kata bekas Menteri Kehakiman Indonesia, Ismail Saleh,"ORANG yang kaya rumahnya diperbuat daripada tembok (batu), orang yang betul-betul kaya rumahnya diperbuat daripada buluh.
Memiliki rumah buluh karya Bapak Jatnika bererti bersilatulrahmi dengan Bapak Jatnika dan seluruh rakyat Indonesia. Dengan bersilatulrahmi semoga pintu rezeki dan kemakmuran kita dan negara akan dibuka luas.
Kepada sesiapa yang ingin memiliki kediaman Bambu dan produk bambu karya Bapak Jatnika bolehlah menghubungi En. Abd Malek di talian 019-3958800.

Jumat, 18 September 2009

Seni estetika buatan tangan

Mempamerkan seni estetika yang menawan. Ia jelas memerlukan kemahiran pembuatan yang tinggi.

MAHLIGAI BAMBU INI TELAH DIBINA DAN HAK CIPTA OLEH YAYASAN BAMBU INDONESIA. KAMI MEWAKILI YAYASAN BAMBU INDONESIA SANGAT KESAL DENGAN DAKWAAN BAHAWA RUMAH INI TELAH DIBINA OLEH ISTANA BAMBU SDN. BHD. YG DITERAJUI OLEH SAUDARA MIOR SARIMAN SEPERTI YANG DITULIS DI AKHBAR KOSMO MALAYSIA PADA 27 OKTOBER 2009. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PEMILIK MAHLIGAI BAMBU EN MOHD RAMDHAN DI TALIAN 016-2226424.




"ORANG yang kaya rumahnya diperbuat daripada tembok (batu), orang yang betul-betul kaya rumahnya diperbuat daripada buluh." Itulah kata-kata yang pernah diungkapkan bekas Menteri Kehakiman Indonesia, Ismail Saleh.

Barangkali kata-katanya itu sukar untuk dicerna minda sesetengah kita kerana apa yang bermain di imaginasi jauh berbeza. Kita melihat dan membayangkan rumah buluh sebagai binaan tradisional yang daif dan dihuni oleh manusia yang hidup di luar arus pemodenan.

Sebenarnya, kata-kata Ismail itu merujuk kepada betapa sukarnya untuk mencari tenaga pakar untuk membuat rumah daripada buluh. Tidak seperti rumah batu yang pengusahanya boleh dicari dengan mudah. Lebih penting lagi, rumah buluh yang dibina bukan rumah buluh biasa yang ringkas, sebaliknya menerima suntikan moden dan bernuansa mewah!

Selama ini, kita di negara ini mungkin memandang sepi pada buluh. Kita memandangnya 'kosong' sekosong rongganya. Mungkin tidak terlintas pun di fikiran yang ia sebenarnya begitu berharga dan mampu menonjolkan ciri kemewahan. Paling baik pun, sekadar dijadikan tabung atau masakan lemang.

Banglo bambu

Kesempatan mengunjungi rumah buluh dua tingkat di sebuah kawasan di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini benar-benar membuka minda. Kediaman umpama banglo bambu milik Ramadhan Abdul Hamid bagai membuktikan rumah buluh boleh menjadi rumah yang dikomersialkan. Ia boleh dianggap sebagai kediaman buluh pertama seumpamanya di negara ini.

Aura nyaman mula menerpa saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah tersebut pada tengah hari itu.

Lebih segar apabila mata melihat rekaan dalaman rumah yang didominasi warna coklat keperangan. Buluh-buluh beraneka saiz dan jenis itu membentuk dinding, tiang, penglari rumah bahkan lantai tingkat atas.

Kebanyakan perabot juga diperbuat daripada buluh.

"Rumah ini sendiri dah jadi macam pendingin hawa. Sebabnya, buluh itu mempunyai rongga yang boleh memerangkap haba panas dan apabila malam hari ia akan mengeluarkan bahang panas itu.

Itulah yang orang kata, sejuk di siang hari, hangat di malam hari. Hangat yang bukanlah terlalu panas sebaliknya rasa suam tak perlu pakai selimut.

"Kalau anda tidak percaya, cuba letakkan telinga anda pada buluh dan anda akan dengar bunyi seakan menderu. Itulah bunyi haba yang diserap dan dilepaskan," ujar Ramadhan meyakinkan.

Seni estetika

Mahligai bambu itu mempamerkan seni estetika yang menawan. Ia jelas memerlukan kemahiran pembuatan yang tinggi. Buluh betung yang besar dan mempunyai diameter yang lebih panjang sesuai menjadi tiang, buluh gombong untuk lapisan atap dan buluh tali untuk bahagian penglari.

Buluh-buluh diikat antara satu sama lain menggunakan tali ijuk yang berwarna lebih gelap demi memelihara keseniannya. Rumah buluh itu lengkap dengan bilik-bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan anjung.

Bagaimanapun, rumah buluh itu bukanlah binaan buluh sepenuhnya. Ini kerana untuk menjadikan rumah buluh tahan lama hujung buluh tidak boleh ditempelkan terus pada tanah berikutan percampuran unsur basah dan kering.

Oleh sebab itu, bahagian bawah rumah dibina menggunakan batu simen atau dikenali sebagai umpak. Tambahnya lagi, buluh sarat nilai tradisional, justeru adalah sukar untuk menyerlahkan konsep moden dengan buluh semata-mata.

Itulah sebabnya ia turut digabungkan dengan sedikit elemen logam, cermin dan kayu.


RAMADHAN menyifatkan rumah buluh bersifat seperti pendingin hawa.


Material yang kuat

Dari pandangan mata kasar, buluh mungkin nampak tidak kuat, tetapi sebenarnya ia material yang amat kuat. Jambatan Sinchuan di China yang diperbuat daripada buluh masih digunakan lagi selepas 1,000 tahun.

Ia juga tidak mudah roboh atau musnah apabila dirempuh gempa bumi kerana sifat elastiknya.

Media-media di Indonesia melaporkan, ketika gempa bumi berlaku di Jawa Barat baru-baru ini, rumah-rumah buluh di Kampung Naga, Garut utuh seratus peratus sedangkan banyak rumah batu yang runtuh. Bahkan, kini terdapat usaha membina rumah buluh untuk penduduk-penduduk di kawasan lazim gempa di Indonesia dan China.

Jurutera-jurutera India dan British juga telah membuktikan bahawa rumah yang dibina daripada buluh mampu bertahan daripada gempa. Ujian ke atas prototaip rumah buluh yang dihentam dengan gegaran skala sebesar 7.8 skala Richter tidak roboh langsung, malahan catnya juga tidak merekah.

"Ia memang kuat. Hari itu saya menerima rombongan seramai 40 orang dan mereka ramai-ramai naik tingkat atas rumah ini tapi tiada masalah pun," kata Ramadhan. Bekas pegawai bank itu tinggal bersendirian di rumah yang baru sahaja siap itu.

Rumah buluh tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat pembinaan tempatan, Istana Bambu Sdn. Bhd. yang mahu melihat industri buluh berkembang di negara ini.

Ia diterajui oleh usahawan bercita-cita tinggi, Mior Shariman Moksin. Menurut Mior, rumah buluh di Hulu Langat itu merupakan projek pertama syarikat itu dan boleh dianggap sebagai 'salam perkenalan' terhadap industri rumah buluh di negara ini.


BULUH merupakan material yang kuat dan mempunyai keupayaan memerangkap haba.


Kegigihannya terserlah apabila sanggup berkunjung ke beberapa negara Asia untuk mempelajari dan menjalin kerjasama. Hasilnya dia telah menguasai teknologi pengawetan dan kemahiran pembuatan produk buluh. Selepas kira-kira dua tahun menimba ilmu, dia kini mula mempraktikkannya di negara ini.

"Bukanlah satu tugas mudah untuk memulakan industri baru di Malaysia, banyak yang perlu dipelajari, masa yang dikorbankan dan wang ringgit yang dilabur untuk memastikan industri buluh menjadi antara penyumbang kepada sumber pendapatan bagi rakyat dan negara ini" katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, negara-negara jiran telah mempunyai industrinya sendiri dan telah menembusi pasaran Eropah, Amerika, Asia Barat dan lain-lain. Melihatkan pasaran yang terbentang luas Mior mengajak masyarakat Malaysia untuk bersama-sama membangunkan industri ini.

Potensi

Mior mengharapkan industri buluh di negara ini akan berkembang dan memberi perolehan yang besar buat negara. Buluh terbukti memberikan keuntungan yang besar buat negara-negara jiran seperti Vietnam.

Kira-kira 45 peratus daripada resort buluh di Hawaii diusahakan oleh Vietnam.

"Kita mempunyai keseluruhan 421,719 hektar tanaman buluh di Semenanjung Malaysia. Mengapa kita tidak memanfaatkannya?" katanya yang banyak menerima undangan memberi ceramah mengenai buluh termasuk dalam Forum Buluh: Material Untuk Milenium Baru di Pusat Sains Negara beberapa bulan lalu.


SYARIKAT Istana Bambu Sdn. Bhd. mampu menghasilkan produk-produk berasaskan buluh dengan rekaan moden.


Apakah kelebihan rumah buluh? Mior berkata, pembuatan rumah buluh juga bersifat ekonomi kerana ia cepat dan murah. Bahkan, harga buluh juga secara relatifnya lebih murah daripada kayu.

"Untuk membuat sebuah rumah berkeluasan 8 x 8 meter memerlukan kira-kira 4,600 batang buluh. Ia boleh disiapkan selama 20 hari sahaja kalau tidak hujan.

"Kita menawarkan beberapa pilihan rekaan rumah untuk dipilih oleh pembeli. Terdapat juga pakej rumah lengkap dengan perabot-perabot buluh yang direka oleh pihak kami," ujarnya.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai Istana Bambu, rumah dan harga yang ditawarkan bolehlah menghubungi Istana Bambu di talian 019-338 1858, e-mel di alamat info@istanabambu.com atau layari istanabambu.com.

Rabu, 09 September 2009

DECOR BAMBOO

Selamat datang ke ISTANA-BAMBOO
Jualan DECOR BAMBOO secara online


Sila layari laman web ini bagi melihat senarai DECOR BAMBOO yang ditawarkan oleh ISTANA-BAMBOO atau lawati bilik pameran kami di Tanjong Karang Selangor. Semua DECOR BAMBOO yang ditempah disertakan bersama penghantaran terus ke rumah. Terdapat pelbagai DECOR BAMBOO disediakan disini sebagai pilihan kepada pengguna dari kerusi taman, kerusi istirehat, kerusi set tetamu, kerusi teras, katil, lesehan dan lain lagi yang dibuat dari 100% bamboo berkualiti yang ditawarkan dengan harga yang rendah.

Kerusi Istirehat
Kerusi Sofa Set. 4 kerusi Meja 1
Kerusi Taman
Kerusi Set Dolos

Sila isi form di bawah untuk pembelian dan sebarang pertanyaan.





































Name:




Email Address:




Contact Number




Delivery Address




Product code




Note









istana-bamboo

Rabu, 06 Mei 2009

Rumah Bambu: Sejuk di Siang Hari, Hangat di Malam Hari

Rumah Bambu: Sejuk di Siang Hari, Hangat di Malam Hari

Udara sejuk menyentuh kulit ketika kami memasuki bangunan dari bambu di daerah Sumedang, Jawa Barat ini. Padahal saat itu pukul 12 siang, dan area lain di sekitarnya begitu panas. Inilah salah satu “keajaiban” bangunan dari bambu.

Bambu, sebagai bahan alami yang memiliki pori-pori dan berbentuk tabung dengan rongga di dalamnya, memiliki kemampuan meredam panas. Pada saat bangunan terpapar panas di siang hari, si bambu ini melepaskan udara dingin yang disimpan sejak semalam. Di lain pihak, pada saat malam hari di mana udara luar menjadi dingin, ia melepaskan panas yang disimpan sejak siang hari.

Efeknya? Pada siang hari di dalam rumah terasa sejuk, pada malam hari terasa hangat. Ini menjadi penjelasan paling masuk akal mengapa proses pemotretan kali ini tidak dibanjiri keringat, sekalipun kami berada di daerah Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat, yang cukup panas.

Bangunan yang kami sajikan di sini adalah cottage di Bandung Giri Gahana Golf & Resort. Ukurannya yang cukup mungil mungkin bisa menjadi inspirasi bagi Anda yang memiliki tanah terbatas dan menyukai suasana tradisional.

Dari Struktur Sampai Perabot
Mungkin bisa dikatakan 90% bangunan ini terbuat dari bambu, mulai dari struktur, dinding, plafon, sampai perabotnya. Hanya lantai dan dinding kamar mandi yang tidak menggunakan bambu, melainkan keramik. Sedangkan bale-bale di teras menggunakan kayu.

Dinding bangunan menggunakan anyaman bambu yang dibuat empat lapis, sehingga cukup rapat untuk dimasuki debu dan udara. Plafonnya juga menggunakan anyaman bambu dengan mengekspos kasau dan gording yang juga dari bambu.

Untuk sambungan struktur, di sini digunakan ijuk yang menurut Jatnika (pengrajin bambu yang mendesain dan membangun cottage bambu ini), merupakan jodoh bambu yang paling tepat. Tapi untuk sambungan bilah bambu yang tidak berfungsi sebagai struktur, digunakan rotan yang tampilannya lebih cantik dari ijuk.

Selain elemen pendiri bangunan, elemen pengisi bangunan ini juga terbuat dari bambu. Kursi/sofa di ruang keluarga, salah satunya, terbuat dari susunan bambu dengan diameter yang agak besar. Partisi yang memisahkan satu ruang dengan ruang lainnya juga menggunakan bambu hitam (warnanya gelap) yang diikat dengan rotan warna terang.

Bale-bale
Bangunan ini mengambil model rumah tradisional Jawa Barat, yang salah satu cirinya adalah memiliki bale-bale. Ada dua bale-bale di sini. Salah satunya ada di teras, yang bagian atasnya dilapis kayu. Bale-bale ini bisa berfungsi untuk menerima tamu, karena rumah berukuran mungil ini tidak menyediakan ruang tamu lagi di bagian dalam. Untuk menahan panas dan tampias hujan, bagian tepinya diberi kerai dari bambu.

Satu lagi bale-bale ada di bagian dalam, di samping ruang keluarga. Bale-bale di sini bisa berfungsi sebagai tempat bersantai, “pelebaran” ruang keluarga yang cuma diisi satu sofa. Selain itu, bale-bale ini juga bisa digunakan sebagai tempat makan, mengingat tidak ada ruang makan khusus, hanya semacam meja breakfast di dapur.

Karena fungsinya fleksibel, bale-bale jadi semacam jalan keluar untuk mengatasi terbatasnya ruang. Alhasil, bangunan dengan luas terbatas ini bisa memiliki 3 kamar tidur, karena “membuang” ruang tamu dan ruang makan.

Mengingat kesejukan yang bisa diciptakan oleh bangunan dari bambu, suasana alami yang terasa di dalamnya, apalagi dengan harga yang terjangkau mungkin Anda tertarik untuk membangunnya?

Sumber: Tabloid Rumah

Senin, 04 Mei 2009

Yayasan Bambu Indonesia

Yayasan Bambu Indonesia berdiri pada tahun 1994.

Sebagai Pembina Yayasan adalah Try Sutrisno (yang saat pendirian Yayasan menjabat sebagai Wakil Presiden Soeharto).

Ketua Harian Yayasan Bambu Indonesia : Jatnika, lahir di Desa Cikidang Jawa Barat.

Pak Jatnika

Sejak masih kanak-kanak di desa Cikidang Sukabumi, bapak dari 4 orang anak ini sudah mendalami seni karawitan Sunda dan kerajinan bambu. Keahliannya ini kemudian dikembangkan membuat berbagai perabot bambu dan rumah bambu khas Jawa Barat.

Keunggulan Rumah Bambu

  • Bahannya mudah didapat di seluruh Indonesia meski harus tetap dipilih.
  • Bisa tahan lebih dari 20 tahun.
  • Konstruksinya kokoh tahan gempa dan karakternya menarik.
  • Memungkinkan untuk dibuat rumah kebun, peristirahatan, rumah tinggal dan bangunan gaya modern lainnya.
  • Menampilkan kekhasan arsitektur tropis yang indah dan berbudaya.
  • Bahan bambu tebang pilih dan melalui proses pengawetan.

Rumah Cianjur

Alamat Yayasan Bambu Indonesia & Karya Pengrajin Bambu Kidang Kencana :

Jl. Sarikaya Blok E.3 No.1

Bumi Cibinong Endah Kel. Sukahati, Cibinong

Kabupaten Bogor

rumah-kebun.jpg

Spesifikasi Teknis

Pondasi = Umpak bata merah

Tiang = Bambu Bitung

Kuda-kuda, Galar = Bambu Gombong

Penguat Konstruksi = Bambu tali

Ikatan = Tali Ijuk, rotan

Usuk = Bambu Tali

Reng = Bambu Gombong

Atap = Genteng Mantili

Plafond = Bilik Kulit Bambu

Dinding = Bambu Gombong, bilik kulit bambu

Lantai = Keramik Lokal

Kusen = Kayu Meranti

Pintu/Jendela = Kayu Meranti

Dekorasi = Kaca Timah, Bambu Hitam - Rotan

Finishing = Vernis Glotex

Minggu, 03 Mei 2009

Rumah Bambu